Friday, July 2, 2010

Muffin coklat episode 2 (part 2)

‘Engkau umpama bulan….’Berlagunya seakan merdu.Madhi di sebelah hanya tersenyum.Terharu barangkali.

‘Taw tak kenapa bulan tu satu?’tanyanya lembut.Madhi hanya mengangkat kening tidak mampu lagi bertanyakan mengapa.Walaupun difikiran sarat dengan seribu 1 persoalan tapi hanya satu yang diinginkan oleh Madhi detik ini iaitu mahu menikmati saat yang indah ini sepuas hati bersamanya..oh betapa indahnya saat ini.Beginikah indahnya saat bercinta??aduh..lemah urat sarafku…dunia ini seakan milikku.Madhi seperti di awang-awangan.

‘Bulan itu satu kerana bulan itu juga indahnya seperti wajahmu…kerana bulan itu seperti kamu!kamu satu dalam sejuta umpama bulan itu! indah sungguh kata-kata itu menerjah gegendang telinga Madhi.

Oh..sungguh Madhi tersipu malu.Dan siku mereka seakan bertemu,rapat dan semakin rapat sehingga begitu hampir berdua-duaan di situ.

‘Yelah memang indah macam bulan sebab lekuk-lekuk jerawat kat muka!cehh podah!’datang satu suara dari arah belakang.Oh sungguh lancang suara itu.

‘Woi korang tak reti-reti nak tdo ke..??tengah-tengah malam bercengkarama kat depan tingkap..kena gigit nyamuk denggi baru taw!!datang lagi satu suara.Dari arah belakang juga.

‘Dah! tutup tingkap tu sambung esok lak…naik meremang bulu tengkuk aku tengok Korang berdua..main cintan cintun lak..lepas satu-satu..!!berangan tak tentu hala!Sambungnya lagi.Wah hebat sekali kata-katanya.Insaf betul.

‘Pengaruh drama la tu.Kemaruk nak bercinta tu juji!’Tambah rusmi menyedapkan lagi drama yang dikarang Madhi bersama maskawaih sebentar tadi.Betubi-tubi serangandiberikan.Pedih!

Madhi dan maskawaih hanya mampu tersengeh dan tersipu berpura-pura tak tahu seperti pak pandir dan mak andir.Apa kena dengan otak kami.Tak berapa nak berfungsi lately, oh patutla dah 12.03 a.m.Sleeping beauty time!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment