Monday, June 28, 2010

zAmAn Men0nGkaH ArUs

sekolah..
permainan..
tv..
kfc..
handphone..
playstation..
favourite band..
walkman,vcd player..


Seperti usia anda sekarang,kita telah dapat merasai semua itu sejak lama dulu.Cuba Tanya diri…dari mana kita dapat tengok dan dapat pegang dengan hati yang riang gembira kerana permainan pertama yang kita telah dapat walaupun waktu tu seawal kita lahir..yelah..meniarap pun takley lagi dah pandai pegang mainan..tapi takkan nak hitung satu2 sampai haus jari sape penciptanya kan..

Pastu umur 5 6 tahun dah kena pergi sekolah..best siot dapat kawan baru..yelah selama ni duk tengok muka adik beradik..asyik tengok muka versi sama je..pergi sekolah macam2 versi muka ada..haih..syok!

Kalo korang belajar sejarah, semua mesti tahu telefon diciptakan oleh Alexander Grahambell..(yang ni je aku hengat) .. lagi canggih kita guna handphone..ley bawak p mana2..brand lak nak yg best2..yelah ley ambek gambar ley buat video dan banyak lagila..lagi skali tak perlu la aku sebut mesti korang dah taw..lagi best kalo dapat kol awek directly,kredit abes..ape susah..publicphone kan bersepah..ley la gayot lama2 kat tiang besi nan satu tu..syiling takde kasi tukar je yang ringgit jadi syiling.. 2 3 jam bergayot tak puas lagi rasanya separa kritikal la kalo korang dukung public 2 bawak balik..

Hari2 balik sekolah atau pergi sekolah..tv je korang hadap..mana ley miss rancangan feveret..kalo kena paksa study pun mata still curi2 pandang skrin tv..ish..nakal betul!habes rancangan feveret game pulak,apalagi playstation r..hero bebenor kalo menang..lagi2 yang lawan2 dan lumba2 tu…yg heroin pulak kalo duk umah ada riak2 gelisah dan tangan ligat kat punat handfon..pastu jap lagi ghaib.. mesti pergi shopping kompleks usha kasut,jam,beg yg up 2 date..kalo tak pun..yang korang suka..jumpa je kawan2 dah jerit…shopping time! normal sebagai seorang remaja perempuan..takpun yang jenis ulat buku masih kekal di rumah atau paling jauh di rumah jiran sebelah(belajar berkumpulan) normal amat sebagai seorang pelajar .

Tamat tingkatan 5 kita mesti nak sambung study sebab dah berangan nak dapatkan kerja bagus dan cari banyak duit..nak beli rumah besar,kereta besar dan lain2 yang besarlah..

Time study dulu.. Walkman..mesti korang taw kan..ala..yg masa korang terhenjut2 masa tengah ulangkaji atau mentelaah buku ..atau masa tengah jalan kaki nak p melepak kat library tapi kalo nak layan citer takde masalah vcd player ada..nak nampak lagi macho laptop ..ley dengar lagu ley tengok citer..ni time2 korang study dulu r…educated katakan!
Tambah pulak mesti tengah gila lagu2 yg korang rasa best kat telinga korang tak kirala band ke..indiband ke,band dr malaysia ke,luar ke…rock ke,kapak ke..ziana zain ke,elvis presley ke,mahupun p.ramli sekalipn.banyakla kalo nak explain mesti ada la mana2 yg korang suka..nak sebut nama band lg la ku Alzheimer..so banyak la keluar t shirt,cd cakera padat dan banyak lagilah,macam biasa.. tak perlulah aku sebut....So,kumpul lah duit demi nak mencapai hasrat untuk memiliki mende alah tu..bukan main hepi bila dapat kn?yelah co0l habes…!tapi takley la melebey2 nak beli apa yg kita suka..duit nk bayar reference book lagi,duit nak belanja awek,nak melepak ngn kawan2 lagi..nak jugak mkn best..(semua lapisan masyarakat membaham kfc) campur tambah tolak terajang keperluan lain lagi..uih tak menyempet nanti (ni citer umum.. anak org kaya laen citer)..tapi kalo takde duit sangat pun mesti ada gak spend duit untuk beli something walaupun sehelai singlet atau boxer.. kadang2lah…

Tapi kadang2 kita lupa..

Kita dapat pergi sekolah..
Kita dapat permainan..
Kita dapat tengok tv..
Kita dapat makan kfc,
Kita dapat handphone..
Kita dapat playstation..
Kita dapat baju cop feveret band..
Kita dapat syiling nak kol awek/pakwe
Kita dapat beli walkman,vcd player,
Kita dapat duit belanja awek,

Kita dapat apa yang kita telah dapat…
(cukup setakat 10 perkara apa yg kita telah dapat)

Aku bukan bercakap soal siapa penciptanya..atau dari mana asalnya semua tu?ataupun mengenai kecanggihan teknologi yang telah dicapai sehingga abad ini..
tapi…. Aku niatkan kita sama2 berfikir.. dari mana kita telah dapat semua itu..??Dari mulut nagakah?atau yang jatug dari langit? pernahkah kita ingat atau mungkin kita semua lupa..masih lupa..sesekali terlupa atau kadang2 terlupa..

semua itu adalah hasil titik peluh ayah dan ibu kita untuk membesarkan kita..

kalo nak dinilai terlalu berharga..kalo nak di hitung tak terhitung…tak terhitung jasa mereka…tp jasa kita pada mereka.. masih…. boleh dihitung? atau tidak boleh dihitung kerana satu pun tidak terbalas….

Sekarang kita dah bekerja ..dapat berbangga bila impian kita selama ini tercapai satu persatu atau dengan pantas sekalipun..tapi soal ibubapa kita..adakah kita dapat berbangga...?

Seawal kita kecil hingga dewasa mereka cuba nak penuhi impian kita..kalo telefon kita boleh ingat siapa penciptanya..kalo awek/pakwe setiap detik dikepala kita..sejenak kita renungkan pengorbanan mereka..renung sedalam2nya…siapalah kita sebagai anak mahu meninggi diri kerana kejayaan yang kita kecapi hari ini tapi sedikitpun tidak menoleh kepada mereka kembali..dan siapalah saya di sini mahu menyusun kata atau petah berbicara,apatah lagi bukan seorang yg bijak pandai..Cuma mahu mengingatkan diri sendiri dan diri kita sebagai seorang anak…

Kata orang..Zaman dah berubah dunia dah maju..

Samaada berlatarbelakangkan keluarga yang sederhana,susah,senang,berada mahupun kaya…
Tapi tanggungjawab kita tetap sama..
Tak mengapa kalo rasa sudah terlambat..mulakan 1 langkah ..Kalo yg masih belum mngucapkan selamat hari bapa..dail telefon anda sekarang..kerana tiada istilah terlewat untuk mengingati mereka…

‘SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA’

Lupa..apa paling best korang dapat permainan/game masa kecik?

Aku dapat lastik kayu..ayah aku buatkan..
Masa tu aku gembira BETUL..tp sekarang aku BETUL2 terharu..


SELAMAT HARI BAPA KEPADA BAPA-DI SELURUH DUNIA!! :)

Friday, June 25, 2010

Dian Sastrawordoyo

Kulari ke hutan kemudian menyanyiku..
Kulari ke pantai kemudian teriakku..
Sepi..sepi dan sendiri..
Aku benci.

Bingit - bingar aku mahu di pasar..
Tak bisa aku dgn penat..
Biar saja kau pekat..
Seperti berjelaga jika ku sendiri..
Pecahkan saja gelasnya biar ramai..
Biar mengaduh sampai gaduh..
Ada malaikat menyulam jaring labah - labah belang di tembok keratan putih

Kenapa Tak goyang kan saja locengnya biar terdera
Atau ku harus lari ke hutan.. baru ke pantai..

Bosan aku dgn penat dan hanya saja kau peka seperti berjelaga jika ku sendiri…