Sunday, July 4, 2010

Puisi Jari Manis

Hanya di sini…

Pinggan kosong dan air putih mengalir..
Lihat saja kau ketawa..
Lalu aku bingung..

Bisu..dan bisu lagi..
lalu berkali-kali aku menjerit..
manakan sama pantai dan laut..

pergi..
pergi ke mana lagi..?
sisihkan aku di sini..
di dunia asalku..

seperti semut dan gulanya..
apakah itu aku?

ketawa dan ketawa lagi…
Adakah itu…
Bayangmu?langkahmu?
Atau…adakah itu masih aku?

Tapi masih di situ..
Tiada sepi yang bersuara..

Maffin coklat episod 3 (part 2)

Madhi masih ingat hari itu, hari yang membawa kesan yang amat mendalam pada dirinya.Hari itu hari Jumaat.Hari yang bukan sedikit telah mengubah hidup gadis yang bernama Ainul Madhiah.Hari itu,Madhi mahu singgah ke pasar mini untuk memenuhi permintaan perutnya yang bernada sumbang sejak dinihari setelah seharian berada di rumah rakan.Dipelawa makan oleh kawannya tetapi Madhi menolak.Segan barangkali! Malam yang semakin gelap membuatkan madhi melajukan langkahnya. Jalan yang biasa dilaluinya untuk ke kedai agak gelap dan sunyi, namun Madhi sudah biasa dengan keadaan itu.

Jam menunjukkan pukul 11.27 p.m.Pasar mini yang Madhi biasa bertandang untuk membeli setiap keperluannya akan ditutup pada pukul 12p.m.Oleh itu, Madhi harus cepat.

Sudah rezeki Madhi usahanya berhasil.Madhi tersenyum puas hati sambil membibit sebuku roti dan air mineral.Fikirnya mahu makan di rumah sahaja.Tidak manis anak gadis makan sambil berdiri dan berjalan.Ketika mahu berjalan pulang,Madhi terlihat seorang nenek tua sedang terbujur di kaki lima.Sudah beberapa hari Madhi terlihat nenek tersebut mundar-mandir di kawasan itu.Setahu Madhi nenek itu kurang siuman dan orang ramai menjauhkan diri darinya.

Tidurkah dia?Madhi berteka-teki dan cuba menghampiri nenek tua itu.

Timbul rasa kasihan dihati Madhi melihatkan keadaan nenek yang tidur di atas serpihan kotak-kotak lama. Sejenak Madhi memerhati nenek tersebut satu-persatu Bajunya lusuh dan amat berbau.Rambutnya kusut masai, mukanya teramat comot dan kotor.Dengan keadaan yang tidak terurus begitu Madhi semakin kasihan melihatnya.Madhi memberanikan diri semakin menghampiri dan mengenepikan perasaan takutnya.Hampir menitis air mata Madi.Benarlah kata orang, “berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul’.Berat sungguh perasaan Madhi ketika itu.Bercampur-baur antara sebak dan hiba .Tiba-tiba dia terkenangkan ayah dan ibunya di kampung.Kolam air matanya bergenang lagi.

Sedetik,Madhi memandang roti dan air mineral yang dibimbitnya.Sebetulnya sedari tadi dia sudah berniat mahu sedekahkan roti dan air mineral tersebut kepada nenek yang terbujur kaku di hadapannya lalu secara perlahan-lahan dia meletakkannya disisi nenek tua yang uzur itu.Setelah Madhi berkira-kira mahu meninggalkan tempat itu,tiba-tiba nenek yang kurang siuman itu bingkas bangkit dari tidurnya.Madhi tergamam tidak bergerak.Sedetik.. dua detik.. barulah Madhi mampu mengundur beberapa tapak ke belakang.

Woi!kau buat apa kat sini??kau anak haram!anak tak ada mak ayah!!pergi2!!Jangan ganggu aku!!Madi terkesima.Diam Membatu dan tidak berganjak sedikit pun.Madhi mengucap panjang.Namun Madhi tidak ambil pusing dengan celaan nenek kerana dia sendiri mengetahui nenek tersebut kurang waras dan tidak siuman.

Madhi mengumpul kekuatan untuk bersuara.Meskipun dia merasakan anggota tubuhnya sedikit bergetar dia tetap menguatkan semangatnya.Madhi yakin semuanya akan berakhir dengan baik-baik sahaja.

‘Saya Cuma nak…’Kata-katanya terhenti di situ.

‘Heh!siapa nak cakap dengan kau??kau anak sial!anak luar nikah..!!Jerkah nenek dengan kuat disusuli dengan ngomelan yang tidak dapat difahami.Begitu kuat sehingga jantungnya tersentap hebat.Matanya berkaca dan kolam air mata Madhi pecah jua.Setitis demi setitis.Dia tidak menyekanya apatah lagi mahu menahan perasaannya dari terus dihimpit kesedihan yang amat dirasainya ketika itu.Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi mahupun untuk memujuk hatinya sendiri.Hatinya tercalar.Sungguh dia terluka.Tanpa disedari,rupa-rupanya ada mata yang memandang.Tauke pasar mini dan beberapa pelanggan yang lain sedang memerhati.Tauke pasar mini tersebut bercakap-cakap sesama pelanggan.

‘Sudahlah..olang tua tu tarak betul..lu pigilah balik’Kata tauke tersebut sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Namun Madhi sudah tidak mendengar apa-apa lagi.Dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri.Dia hanya mahu berbuat baik dengan mempertaruhkan perasaan ikhlas dan takutnya kepada nenek tua yang kurang siuman sebentar tadi.Namun keikhlasannya tidak dihargai.Perasaannya bercampur baur.Amat pilu dan pedih.

‘Oh...’tangis Madhi teresak-esak di sepanjang jalan ke rumahnya dengan perasaan yang berkecamuk dan jiwa yang terluka.

Episod 3 (part 1)

Di sini adalah paparan taksiran surah AL-FIIL.Marilah kita bersama-sama menghayati surah ini. dan Semoga kita mendapat kebekatan dan Keinsafan dariNya..amin..Wallahua'lam.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal.
Kisah tentera BERGAJAH DALAM SURAH AL-FIIL Surah al-Fiil menunjukkan kepada satu peristiwa masyhur dalam kehidupan penduduk Semenanjung Tanah Arab yang berlaku sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w. Peristiwa ini merupakan satu bukti yang besar bagaimana Allah menjaga dan memelihara tempat yang suci itu, iaitu tempat yang dipilihnya sebagai pusat cahaya agama yang terakhir.Surah ini mengisahkan peristiwa seorang Gabenor Habsyah bagi negeri Yaman, Abrahah. Beliau telah membina sebuah gereja di Yaman atas nama Seri Maharaja Habsyah. Gereja itu dihiasi dengan segala macam hiasan dan peralatan yang amat indah dan menarik dengan tujuan untuk mengalihkan tumpuan orang-orang Arab dari Baitul Haram di Makkah ke gereja itu. Beliau melihat bagaimana penduduk negeri Yaman sendiri yang diperintah oleh beliau turut tertarik kepada Baitul Haram sama seperti kaum-kaum Arab yang lain di kawasan tengah dan utaraSemenanjung Arab itu Ketika inilah Abrahah membuat keputusan tegas untuk meruntuhkan Ka'abah supaya orang-orang Arab tidak lagi tertumpu kepadanya. Beliau telah memimpin satu angkatan tentera yang ramai yang disertai dengan gajah-gajah. Suku-suku Quraysh, Kinanah dan Huzayl dan penduduk-penduduk di tanah Haram telah berazam untuk melawan angkatan Abrahah, tetapi kemudian mereka membatalkan cadangan itu setelah sedar bahawa mereka tidak berupaya untuk melawan angkatan Abrahah. Kemudian Abrahah menghantar utusannya ke Makkah untuk menemui ketua negeri itu dan menyampaikan perutusan bahawa kedatangan angkatan Gabenor Abrahah bukan untuk memerangi penduduk negeri Makkah, tetapi hanya untuk merobohkan rumah Ka'abah sahaja. Andainya mereka tidak menentang, maka ia tidak lagi perlu menumpahkan darah mereka dan andainya ketua negeri Makkah itu tidak mahu berperang, maka hendaklah ia dibawa mengadap Gabenor. Maka Ketua negeri Makkah iaitu Abdul Mutallib pun berbicara dengan Abrahah, namun Abrahah masih dengan tujuannya menghancurkan Ka`bah. Abrahah pun berlepas dengan bala tenteranya serta gajahnya menuju ke Makkah untuk meruntuhkan Ka'abah, tiba-tiba gajah itu terterum sebelum sampai ke Makkah dan tidak mahu masuk ke Makkah. Askar-askar Abrahah cuba memaksa gajah itu supaya bangkit merempuh ke Makkah, tetapi usaha mereka gagal. Tepat dengan iradat-Nya hendak membinasakan bala tentera itu bersama pemimpinnya Abrahah, Allah telah melepaskan pasukan-pasukan burung yang melontar ke atas mereka anak-anak batu yang membinasakan mereka seperti daun-daun kering yang reput sebagaimana diceritakan oleh al-Qur'an.Tubuh Abrahah sendiri telah menjadi sasaran anak-anak batu itu dan dia menderita parah. Kerana itu ia telah dibawa keluar dari Makkah bersamasama tenteranya, sedangkan jari-jemarinya gugur sebatang demi sebatang sehingga sampai ke San'aa ibu kota Yaman. Beliau tidak mati sehingga dadanya berlubang menampakkan jantungnya.

Muffin chocolate episode 2 (part 5)

Ahad,Isnin,Selasa,Rabu,Khamis,Jumaat,Sabtu dan Ahad.Hari yang mana hari yang Paling best?Madhi berteka-teki ketika yang lain masih lena diulit mimpi serta igauan yang tidak berkesudahan selagi mata tak celek ke dunia nyata.Wah!nikmat sungguh.

Kaki Maskawaih dah tergantung ke atas.Mimpi panjat gunung Everest barangkali.Jap lagi kalau singgah atas perut aku.Tobat aku lipat kaki kau jadi nombor 8!..Getus Madhi di dalam hati.
Jawapan pada soalan tadi ialah mestilah hujung minggu.Hujung minggu merupakan hujung bagi segala hari iaitu hari ke6 dan ke7.Hari yang amat mengembirakan pada setiap golongan.Tak kiralah golongan yang mencari rezeki atau menghabiskan rezeki.Ini bererti hari minggu ialah hari untuk bermalas-malasan dan bersenang - lenang seperti mereka (ditujukan kepada Maskawaih dan mereka2 yang masih tidur).

Di pagi Sabtu macam ni apa bestnya nak dibuat..nak sambung tdo balik dah tak berselera lalu Madhi mencapai laptop di atas meja kenakan volume yang paling tinggi dengan lagu rock awie atau Amy Search..bernafas dalam Lumpur..jiwang-jiwang tak main..
‘Kau ni pagi-pagi dah memekak cubalah bawak-bawak mengaji ke..dah bersawang dah Al-Quran dalam almari kau tu!’Aduh tepat benar sasaran Juji mengenai arteri jantungnya.Berdenyut-denyut dan Madhi hanya mampu tersenyum.

Teringat pula tentang suatu kisah sewaktu kecil ketika Madhi menghadiri kelas agama.Setiap hari guru agama adalah berlainan dan berganti-ganti.Tersebutlah kisah,Seorang guru agama yang dipanggil ustazah adalah salah seorang tentera udara Malaysia.Masa tu,Madhi selalu berfikir macam mana seorang tentera boleh jadi ustazah?Tetapi dia merupakan ustazah ganti sahaja ketika itu.

Apa yang Madhi gemar tentang ustazah ni..dia punya badan ‘tough’,jalan macam lelaki dan tak lembik langsung mungkin sebab dia anggota tentera kot.Lagi pulak ustazah ni baik dan suka tersenyum,mudah ketawa dan secara tak langsung Madhi telah menjadikan dia sebagai idolanya.Apa yang paling best masa kelas agama tu,kalau malas nak belajar nak tidur pun takpa tapi kena jawab soalan kuiz dia dulu.Itu syarat wajib.

Ustazah selalu menyuruh Madhi dan kelasnya membaca surah dan maksudya sekali sampaikan mereka semakin suka menghafaz dan memahami surah-surah tersebut.Cara pembelajaran ustazah tak membosankan dan sangat menyeronokkan.

‘Sapa tahu ni surah apa?‘Sapa nak baca surah ni?’Tanya ustazah pada kelas pada suatu hari.
‘Surah Al-Fil’Jawab Madhi bersungguh-sungguh setelah mengangkat tangan.Suka benar Madhi menjawab soalan ustazah .Itupun kalau surah Al-Fil.

(Lagi surah Al-Fiil akan dipaparkan at the next page)


Pada satu hari yang lain.Seperti ustazah yang Madhi sukai itu sedia maklum.Surah Al-Fil adalah surah Favouritenya.Lalu ustazah selalu menyuruh Madhi membacanya bersama maksudnya sekali.
‘Okey surah Al-Fil..tolong bacakan surah Al-Fil dengan maksudnya sekali ye Madhi..’Dalam kesamaran sayup-sayup Madhi terdengar suara ustazah.

‘Okey..nampaknya Al-Fil dah tdo..’Seloroh ustazah kegemaran Madhi dan disusuli ledakan ketawa pelajar- pelajar kelasnya bersama ustazah membuatkan Madhi terus berpura-pura tidur dengan nyenyak. Entah macam mana aku boleh tertidur ..haih..Madhi mengeluh sendiri.
................................................................................................................................................

Maskawaih menggeliat kecil dan mulutnya terkumat-kamit.Kelakuannya amat lucu sekali seperti buah pear tergolek-golek menunjukkan tanda-tanda untuk bangkit.
‘Al-fil..Al-fil.. (gajah2)...’Kata Madhi perlahan sambil tertawa kecil.

Muffin chocolate episode 2 (part 4)

Setelah puas memilih maffin yang nampak paling sedap, segar dan bugar terus Madhi meletakkannya ke dalam piring kecil putih yang comel dan munggil yang dah memang tersedia di situ.

‘Nak bawak balik umah ni..emm bawak dengan piring ni sekalilah.’kata Madhi seperti orang hilang akal.Lawak bodoh di tengahari yang gersang.

‘Akak saya nak letak muffin ni..plastik tak nak nanti penyek maffin sy..’Katanya Selamba dengan wajah yang berseri-seri bertemakan produk de wajah.

‘Jap ye…’jawab kakak cashier yang manis itu dengan lembut.
  Laa akak ni ke mana pulak perginya..mundar- mandir..Ke sana ke mari.Sibuk nampaknya.

‘Akak plastisin satu..eh! bukan ..saya nak letak muffin ni..!haih.. menatang apa namanya tu..berdesing dah telinga dek menahan malu..tiba-tiba muka terasa panas.Itulah tadi yakin sangat!

Ya Allah kenapa tak ingat ni..Madhi cuba mengingat sambil menahan kerut di muka.Buat-buat pitamlah..sesaat dua saat..dua saat suku..dua saat separuh..tet..tet..tet..masa semakin suntuk!

‘Saya nak mintak polisterin..yes..berjaya jugak akhirnya..fuh!’
‘oo..!’akak cashier tu tersenyum.Tadi Madhi bekerut dan dia juga berkerut.
‘Ishh macam mana boleh lupa nama mende alah ni..polisterin la madhi..polisterin!ish buat malu aje..harap-harap akak cashier tu tak gelakkan aku..tapi masa nak melangkah keluar tadi kenapa akak tu gelak sorang-sorang.Gelakkan aku ke?Ish..Positif madhi positif!tak baik buruk sangka kat orang..haih…

Muffin chocolate episode 2 (part 3)

Ahad,Isnin,Selasa,Rabu,Khamis,Jumaat dan Sabtu.Satu persatu dihitung hari-hari yang berlalu.Nasib baik satu minggu 7 hari kalau 1 minggu 30 hari.Jenuh madhi nak mengira.Tak ada pekdah la pulak aku duk pikir bukan-bukan lagu ni..Ngomel madhi lagi.
Apa yang berubah dalam hidup aku dan apa yang tak berubah dalam hidup aku??Soalan yang ni ada gak la pekdaknya.Macam mana nak pikir ni yep..perut dah sound aku dari tadi dah..buat dek je..malas nak layan.Mana boleh nak manja-manjakan sangat.Terus-terusan Madhi mengomel.

‘Yelah-yelah aku isi..’Pujuk madhi kepada perut sambil menepuk manja beliau.

‘Nak makan apa yep?’monolognya sendiri dan sedetik..dua detik..tersenyum bersahaja.
Mengatur langkah menuju ke restoran berdekatan.Mundar- mandir di tengah-tengah jalan
yang sibuk.Banyak betul kenderaan.Tengok jam..Ooo patutla..lunchtime..Dalam kepala Madhi dah terbayang-bayang akan ‘dia’.Indah sungguh dia pada pandangan Madhi.Baru semalam Madhi bersua dengannya namun rindunya tidak pernah padam walau sedetik.madhi menelan liur.Oh sungguh Madhi rindu.

‘Sudikah kau menjadi milikku wahai muffin yang bertatahkan coklat?’Ujar Madhi seperti hilang separuh akal.
Apa yang berubah dalam hidup Madhi dan apa yang tak berubah dalam hidupnya..?

Mungkin yang satu ini masih belum berubah..maffin coklat.

Friday, July 2, 2010

Muffin coklat episode 2 (part 2)

‘Engkau umpama bulan….’Berlagunya seakan merdu.Madhi di sebelah hanya tersenyum.Terharu barangkali.

‘Taw tak kenapa bulan tu satu?’tanyanya lembut.Madhi hanya mengangkat kening tidak mampu lagi bertanyakan mengapa.Walaupun difikiran sarat dengan seribu 1 persoalan tapi hanya satu yang diinginkan oleh Madhi detik ini iaitu mahu menikmati saat yang indah ini sepuas hati bersamanya..oh betapa indahnya saat ini.Beginikah indahnya saat bercinta??aduh..lemah urat sarafku…dunia ini seakan milikku.Madhi seperti di awang-awangan.

‘Bulan itu satu kerana bulan itu juga indahnya seperti wajahmu…kerana bulan itu seperti kamu!kamu satu dalam sejuta umpama bulan itu! indah sungguh kata-kata itu menerjah gegendang telinga Madhi.

Oh..sungguh Madhi tersipu malu.Dan siku mereka seakan bertemu,rapat dan semakin rapat sehingga begitu hampir berdua-duaan di situ.

‘Yelah memang indah macam bulan sebab lekuk-lekuk jerawat kat muka!cehh podah!’datang satu suara dari arah belakang.Oh sungguh lancang suara itu.

‘Woi korang tak reti-reti nak tdo ke..??tengah-tengah malam bercengkarama kat depan tingkap..kena gigit nyamuk denggi baru taw!!datang lagi satu suara.Dari arah belakang juga.

‘Dah! tutup tingkap tu sambung esok lak…naik meremang bulu tengkuk aku tengok Korang berdua..main cintan cintun lak..lepas satu-satu..!!berangan tak tentu hala!Sambungnya lagi.Wah hebat sekali kata-katanya.Insaf betul.

‘Pengaruh drama la tu.Kemaruk nak bercinta tu juji!’Tambah rusmi menyedapkan lagi drama yang dikarang Madhi bersama maskawaih sebentar tadi.Betubi-tubi serangandiberikan.Pedih!

Madhi dan maskawaih hanya mampu tersengeh dan tersipu berpura-pura tak tahu seperti pak pandir dan mak andir.Apa kena dengan otak kami.Tak berapa nak berfungsi lately, oh patutla dah 12.03 a.m.Sleeping beauty time!!!!!!!!!!!!

Maffin coklat episode 1 (part 5)

‘Waih..mana yang lain?’Madhi bertanya ringkas

‘Entah..ku tak sempat nak ambik tahu’jawabnya.

‘Bodoh punya jawapan!’balas Madhi.

‘Haha..’maskawaih ketawa.Geli hati agaknya.

Bangun menuju ke dapur sambil menjijit halia

‘Halia tu elok tak?’tanya Maskawaih sambil tersengeh-sengeh bak mangkuk tingkat jiran sebelah rumah.Dah bosan bagi perumpaan macam kerang busuk

‘Dah kecut macam kau!!’jawab Madhi berlalu dengan pantasnya sambil ketawakan maskawaih sebelum dicubit sepit ketam besi Si Maskawaih yang pedih itu.Sambung gelakkan maskawaih di dapur.

……………………………………………………………………………………………

‘Ais dah cair dengan sempurna.boleh potong-potong dadu ini ayam’Hatinya berkata dengan naïf.
‘Madhi..masak lebih sikit aku tak mam lagi!!’Sound maskawaih dari ruang tamu.

Madhi Menjuihkan bibir tanpa bersuara.

Seperti wanita melayu terakhir,Madhi memotong ayam dan bahan-bahan yang dperlukan ala-ala chef kat pasar malam hari isnin dengan ayunya..sambil terperasan diri sendiri bercakap dengan penonton-penonton setia di tv1 tapi peka intai-intai celah tingkap bimbang kalau-kalau ada manusia yang lalu lalang.Line clear nampaknya. Cuma berhenti seketika dengan iklan sabun aksi Mak Kiah mengangkat kain bajunya

“Mak Kiah angkat hujan,jemuran dah turun! Katanya perlahan.Teringat salah satu dialog dalam cerita pendekar bujang lapuk..hehe..

‘Okey..semua bahan dah siap dipotong dan siap tersedia dengan sempurna,kita masukkan semua bahan ni ke dalam kuali dan minyak yang sedang panas ye puan-puan’Jelasnya penuh yakin.

Bawang putih
Halia
Cili
Ayam
Aik takkan ni aje bahannya..gampang amat.haha ketawanya bebas sekali..Resepi dari abangku masa zaman bujangnya telah diwariskan padaku pula.Kuat betul pengaruh abangku yang mata sepet ala-ala samurai tu.Lepas tu taruk garam secukup rasa, kacau-kacau sikit dah siap.Bau halia memang menaikkan seleraku.Aku memang amat menggemari rasa halia.Tiada diskriminasi di sini okey?Ngomel Madhi panjang lebar.Dia ketawa-ketawa.

‘Maskawaih!!!’tak sampai 3 saat Madhi memangil namanya terus terdengar derap kaki menuju ke dapur.Sudah lapar benar ini budak ..

Maffin coklat episode 1 (part 4)

Bedegannggggg!!!pintu di hempas kuat.Kalau dengan nada menipu, hampir bergegar satu dunia.Selipar yang dipakai Madhi sedari tadi tetap disusun di atas rak maklumla marah buat-buat.Sebenarnya eksyen je lebih..munafik!

‘Oi madhi..!pintu tu baru ditukar 2 3 bulan lepas kau pun tau sebab musababnya kan? tapi aku rasa 2 3 bulan lagi tak mustahil la kalu jahanam lagi.’bebel maskawaih.

‘Annel tu lagi jahanam..macam orang asing!’terus teringat lagu 1 malaysia 1 suara..ke 1 suara 1 Malaysia..konfius!Tapi aku tak ingat dah lirik dia.Ngomel Madhi di dalam hati.

‘Memangla.. annel tu bukan orang Malaysia..Kau apepasai??kasi celita mari!!’Menunjukkan minat yang agak mendalam sambil perli-perli ayam.Apa nak hairan,segala jenis cerita pun dia minat.

‘Meh ku cerita..kau duduk sopan-sopan!’seakan memberi arahan.Maskawaih menurut sahaja.haih..dengar kata budak ni.Seperti seorang pendeta, ais krim coklat yang masih berbaki ditangan terus dihabiskan.Wah berhemah betul!Maskawaih hanya menjadi penunggu setia untuk Madhi mulakan bicara.Serius mukanya..

‘Xde.annel tu time ku nak bayar duit halia yang aku beli ni hah.’kata Madhi memulakan cerita.
‘Dah tu kenapa?’Tanyanya ringkas.

‘Dia gelakkan aku!’Madhi jawab ringkas juga.
‘Yelah apepasai..?’Tanyanya lagi ringkas seperti selalu.

‘Pasal beg uncang aku ni ha…’sambil mengeluarkan beg kesayangan dari poket seluar jeans yang setia dipakai Madhi sejak kebelakangan ini.

‘Kenapa uncang tu?’Tanya Maskawaih berkerut sambil mata tertumpu pada beg warna pink yang dipegang Madhi.Berkerincing apabila kunci2 yang disangkut berlaga sesama sendiri.Ditambah dengan kicing yang digantung.Madhi turut memerhati satu persatu.Kicing selipar dari bandung,kicing strawberi dari Cameron Highland dan juga kicing bentuk hati yang terdapat sepasang angsa jantan dan betina.Kicing-kicing ini adalah pemberian rakan-rakannya melainkan kicing bentuk hati yang dibeli sendiri oleh madhi.

‘Apepasai??’tanya maskawaih semakin hilang sabar
‘Masa aku keluarkan uncang dari dompet aku..yelah nak bayar harga halia..Dia tanya aku..mana dapat beg uncang ni??’‘Aku cakap la aku beli..pastu dia cakap aku tipu'Jelas Madhi kepada Maskawaih.

‘Abestu dia cakap kau curi??’Terjegil biji mata Maskawaih..serius pulak minah ni.
‘Tak..dia cakap aku dapat uncang ni free dari hadiah milo…!!benci....!’

‘Yang aku lagi bengang dia siap bawak keluar uncang-uncang hadiah milo yang sama cam uncang aku lepas tu tunjuk kat aku..dahla macam-macam kaler ade..ciss!!!Bernada geram.

Wajah maskawaih sudah berkedut-kedut menahan ketawa..tetapi dia tewas.Berdekah-dekah dia ketawa berpusing-pusing atas lantai.Buruk benar dah Madhi tengok..mengilai tahap Mak Lampir vs Pontianak.. membuatkan Madhi bertambah sakit hati..Terbayang-terbayang muka annel yang tersengeh-sengeh gelakkannya sebentar tadi..

‘Saya belilah!!!’ Jerkah Madhi mempertahankan diri..dan yang paling memalukan ramai pula orang di kedai tadi..ada yang tutup mulut nak gelakkan Madhi.

apa?ingat aku heran??ishhh.. sebal!!Getus madhi sendiri.

Maffin coklat episode 1 (part 3)

‘Annel..mana letak sama itu halia?’Tanya Madhi lembut.Sopan juga Si Madhi.

Terus straightkan salah satu jarinya.Jari manis kalau tak silap. Menunjukkan ke arah belakang dekat dengan stor.

Amboi..belagak!langsung tak pandang..ingat macho macam penyanyi gelimat rongeng la tu!Berbisik dengan hati sendiri.

Tanpa sepatah kata darinya terus menuju ke arah yang telah ditunjukkan..ada rak-rak dan
bakul-bakul untuk bahan-bahan kering seperti segala jenis bawang.Agak bersepah-sepah.
Satu persatu bakul dibelek..nah!jumpa akhirnya..sebelah kiri kunyit..sebelah kanan
lengkuas.tengah-tengahnya tentulah lengkuas.

“Jangan tertukar pulak halia dengan lengkuas!”terngiang-ngiang candaan hantu Maskawaih padanya sebentar tadi.

‘Dia ingat apa? Ingat ku tak boleh beza ke halia dengan lengkuas..podah… !’

‘Iye??mau sama saya tolong incik?’tanya itu annel yang seorang lagi dengan senyuman yang paling menawan!

‘Ehh..saya tak mau sama annel! ehh..no..no.tq!apa aku mengarut ni?haih ..malu
betul!macam mana boleh dengar?ingatkan aku bercakap dalam hati..haih madhi..janganla kuat berangan..’

Thursday, July 1, 2010

Maffin coklat episode 1 (part 2)

Kunci rumah di atas meja ruang tamu tanpa dihitung bilangannya terus disambar.
Tak tertahan dek penangan perut minta diisi sepantas yang mungkin.Kunci pintu rapat2.
Sarung selipar jepun kerana selipar Malaya tidak diciptakan lagi.Dalam proses
barangkali!Tidak mengapa..selipar penjajah boleh buat lasak-lasak.Oh lupa nk usya
rumah abang hensem kat seberang jalan di depan rumah.Bersabarlah wahai abang-
abang sekalian aku tak punya waktu untuk semua itu di waktu yang genting seperti
sekarang.Aku ada misi yang perlu diselesaikan.Ujar Madi di dalam hati sambil tergopoh
gapah menuruni anak tangga dari tingkat 3.Laju benar langkahnya.


‘Oi madhi..nak p mana?’Jerkah Maskawaih manja ala-ala Leftenan Adnan.

‘Kedai jap!’ Jalan sepantas kilat bertukar angin yang berlalu sepoi-sepoi bahasa.Sopan sungguh!

‘Beli maffin la 2…?’Cuba meneka yang bukan-bukan.

‘Beli halia..halia lama dah berkulat!’Kata Madhi jujur.

‘Oo..kirim!’Sambil belek-belek beg duit..munafik betul!

‘Hmm..ape?’Tanya Madhi acuh x acuh..lagi munafik dari dia.

‘Muruku..mata kasi kenyet sama itu anel kasi mulah ckit..!’Tersengeh-sengeh ala-ala kambing hitam.

‘Huh?banyak la kau..!’Buat-buat mencebik macam exkpresi muka ala-ala ym.

‘Madhi!!’

‘Apalagi cik Maskawaih Binti Ahmad Jais?’Madhi bersuara agak lantang.Satu blok dengar barangkali.Maklumla dulu juara nasyid peringkat sekolah rendah.

‘Jangan tertukar pulak halia dengan lengkuas!’Kah2 ..berdekah-dekah Maskawaih ketawa.

‘Cehhh…’Berlalu dengan hati yang tak sebal langsung.

cerita pendek

Maffin coklat episod 1 (part 1)


Aaaaaaarrgggg...lagi sekali batinnya menjerit..ini tak boleh jadi..kena lakukan sesuatu.
Pikir dululah.masak!

Mungkin dengan masak aku dapat tenang sikit kot..kata Madhi setelah mencari akal dan terus ke dapur.. membuka peti..mata meliar mencari sesuatu yang boleh dilahap dengan segera..tiada..senyum.. buka pintu sejukbeku.. keluarkan ayam yang beku…keras betul ayam ni..nak kena cairkan dulu..

Jenguk ke luar tingkap..mak oi banyaknya baju di ampaian.. mesti dah kering dek panas matahari yang terik memancar untuk seisi alam semester..ni peram berapa lama makcik kiah oi?(jiran sebelah rumah)..2 minggu adalah kot..kalau kat kampung aku dulu dalam tempoh tu kalau buat pekasam memang dah ngam dah nak buat lauk..Fikir Madhi nakal.

Fokusnya kembali pada ayam yang sudah tersedia dipotong ketul-ketul oleh ‘annel’ nan kacak itu ala-ala penyanyi ‘geli mat’.. jari kebas dalam ais yang lambat mencair..sejuknya ayam ni..nak tunggu berapa jam mau cair ini ayam? haih..

Kalau jemur dekat ampaian makcik kiah tu..apa mungkinkah??