Sunday, July 4, 2010

Episod 3 (part 1)

Di sini adalah paparan taksiran surah AL-FIIL.Marilah kita bersama-sama menghayati surah ini. dan Semoga kita mendapat kebekatan dan Keinsafan dariNya..amin..Wallahua'lam.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal.
Kisah tentera BERGAJAH DALAM SURAH AL-FIIL Surah al-Fiil menunjukkan kepada satu peristiwa masyhur dalam kehidupan penduduk Semenanjung Tanah Arab yang berlaku sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w. Peristiwa ini merupakan satu bukti yang besar bagaimana Allah menjaga dan memelihara tempat yang suci itu, iaitu tempat yang dipilihnya sebagai pusat cahaya agama yang terakhir.Surah ini mengisahkan peristiwa seorang Gabenor Habsyah bagi negeri Yaman, Abrahah. Beliau telah membina sebuah gereja di Yaman atas nama Seri Maharaja Habsyah. Gereja itu dihiasi dengan segala macam hiasan dan peralatan yang amat indah dan menarik dengan tujuan untuk mengalihkan tumpuan orang-orang Arab dari Baitul Haram di Makkah ke gereja itu. Beliau melihat bagaimana penduduk negeri Yaman sendiri yang diperintah oleh beliau turut tertarik kepada Baitul Haram sama seperti kaum-kaum Arab yang lain di kawasan tengah dan utaraSemenanjung Arab itu Ketika inilah Abrahah membuat keputusan tegas untuk meruntuhkan Ka'abah supaya orang-orang Arab tidak lagi tertumpu kepadanya. Beliau telah memimpin satu angkatan tentera yang ramai yang disertai dengan gajah-gajah. Suku-suku Quraysh, Kinanah dan Huzayl dan penduduk-penduduk di tanah Haram telah berazam untuk melawan angkatan Abrahah, tetapi kemudian mereka membatalkan cadangan itu setelah sedar bahawa mereka tidak berupaya untuk melawan angkatan Abrahah. Kemudian Abrahah menghantar utusannya ke Makkah untuk menemui ketua negeri itu dan menyampaikan perutusan bahawa kedatangan angkatan Gabenor Abrahah bukan untuk memerangi penduduk negeri Makkah, tetapi hanya untuk merobohkan rumah Ka'abah sahaja. Andainya mereka tidak menentang, maka ia tidak lagi perlu menumpahkan darah mereka dan andainya ketua negeri Makkah itu tidak mahu berperang, maka hendaklah ia dibawa mengadap Gabenor. Maka Ketua negeri Makkah iaitu Abdul Mutallib pun berbicara dengan Abrahah, namun Abrahah masih dengan tujuannya menghancurkan Ka`bah. Abrahah pun berlepas dengan bala tenteranya serta gajahnya menuju ke Makkah untuk meruntuhkan Ka'abah, tiba-tiba gajah itu terterum sebelum sampai ke Makkah dan tidak mahu masuk ke Makkah. Askar-askar Abrahah cuba memaksa gajah itu supaya bangkit merempuh ke Makkah, tetapi usaha mereka gagal. Tepat dengan iradat-Nya hendak membinasakan bala tentera itu bersama pemimpinnya Abrahah, Allah telah melepaskan pasukan-pasukan burung yang melontar ke atas mereka anak-anak batu yang membinasakan mereka seperti daun-daun kering yang reput sebagaimana diceritakan oleh al-Qur'an.Tubuh Abrahah sendiri telah menjadi sasaran anak-anak batu itu dan dia menderita parah. Kerana itu ia telah dibawa keluar dari Makkah bersamasama tenteranya, sedangkan jari-jemarinya gugur sebatang demi sebatang sehingga sampai ke San'aa ibu kota Yaman. Beliau tidak mati sehingga dadanya berlubang menampakkan jantungnya.

No comments:

Post a Comment