Friday, July 2, 2010

Maffin coklat episode 1 (part 4)

Bedegannggggg!!!pintu di hempas kuat.Kalau dengan nada menipu, hampir bergegar satu dunia.Selipar yang dipakai Madhi sedari tadi tetap disusun di atas rak maklumla marah buat-buat.Sebenarnya eksyen je lebih..munafik!

‘Oi madhi..!pintu tu baru ditukar 2 3 bulan lepas kau pun tau sebab musababnya kan? tapi aku rasa 2 3 bulan lagi tak mustahil la kalu jahanam lagi.’bebel maskawaih.

‘Annel tu lagi jahanam..macam orang asing!’terus teringat lagu 1 malaysia 1 suara..ke 1 suara 1 Malaysia..konfius!Tapi aku tak ingat dah lirik dia.Ngomel Madhi di dalam hati.

‘Memangla.. annel tu bukan orang Malaysia..Kau apepasai??kasi celita mari!!’Menunjukkan minat yang agak mendalam sambil perli-perli ayam.Apa nak hairan,segala jenis cerita pun dia minat.

‘Meh ku cerita..kau duduk sopan-sopan!’seakan memberi arahan.Maskawaih menurut sahaja.haih..dengar kata budak ni.Seperti seorang pendeta, ais krim coklat yang masih berbaki ditangan terus dihabiskan.Wah berhemah betul!Maskawaih hanya menjadi penunggu setia untuk Madhi mulakan bicara.Serius mukanya..

‘Xde.annel tu time ku nak bayar duit halia yang aku beli ni hah.’kata Madhi memulakan cerita.
‘Dah tu kenapa?’Tanyanya ringkas.

‘Dia gelakkan aku!’Madhi jawab ringkas juga.
‘Yelah apepasai..?’Tanyanya lagi ringkas seperti selalu.

‘Pasal beg uncang aku ni ha…’sambil mengeluarkan beg kesayangan dari poket seluar jeans yang setia dipakai Madhi sejak kebelakangan ini.

‘Kenapa uncang tu?’Tanya Maskawaih berkerut sambil mata tertumpu pada beg warna pink yang dipegang Madhi.Berkerincing apabila kunci2 yang disangkut berlaga sesama sendiri.Ditambah dengan kicing yang digantung.Madhi turut memerhati satu persatu.Kicing selipar dari bandung,kicing strawberi dari Cameron Highland dan juga kicing bentuk hati yang terdapat sepasang angsa jantan dan betina.Kicing-kicing ini adalah pemberian rakan-rakannya melainkan kicing bentuk hati yang dibeli sendiri oleh madhi.

‘Apepasai??’tanya maskawaih semakin hilang sabar
‘Masa aku keluarkan uncang dari dompet aku..yelah nak bayar harga halia..Dia tanya aku..mana dapat beg uncang ni??’‘Aku cakap la aku beli..pastu dia cakap aku tipu'Jelas Madhi kepada Maskawaih.

‘Abestu dia cakap kau curi??’Terjegil biji mata Maskawaih..serius pulak minah ni.
‘Tak..dia cakap aku dapat uncang ni free dari hadiah milo…!!benci....!’

‘Yang aku lagi bengang dia siap bawak keluar uncang-uncang hadiah milo yang sama cam uncang aku lepas tu tunjuk kat aku..dahla macam-macam kaler ade..ciss!!!Bernada geram.

Wajah maskawaih sudah berkedut-kedut menahan ketawa..tetapi dia tewas.Berdekah-dekah dia ketawa berpusing-pusing atas lantai.Buruk benar dah Madhi tengok..mengilai tahap Mak Lampir vs Pontianak.. membuatkan Madhi bertambah sakit hati..Terbayang-terbayang muka annel yang tersengeh-sengeh gelakkannya sebentar tadi..

‘Saya belilah!!!’ Jerkah Madhi mempertahankan diri..dan yang paling memalukan ramai pula orang di kedai tadi..ada yang tutup mulut nak gelakkan Madhi.

apa?ingat aku heran??ishhh.. sebal!!Getus madhi sendiri.

No comments:

Post a Comment