Sunday, July 4, 2010

Muffin chocolate episode 2 (part 3)

Ahad,Isnin,Selasa,Rabu,Khamis,Jumaat dan Sabtu.Satu persatu dihitung hari-hari yang berlalu.Nasib baik satu minggu 7 hari kalau 1 minggu 30 hari.Jenuh madhi nak mengira.Tak ada pekdah la pulak aku duk pikir bukan-bukan lagu ni..Ngomel madhi lagi.
Apa yang berubah dalam hidup aku dan apa yang tak berubah dalam hidup aku??Soalan yang ni ada gak la pekdaknya.Macam mana nak pikir ni yep..perut dah sound aku dari tadi dah..buat dek je..malas nak layan.Mana boleh nak manja-manjakan sangat.Terus-terusan Madhi mengomel.

‘Yelah-yelah aku isi..’Pujuk madhi kepada perut sambil menepuk manja beliau.

‘Nak makan apa yep?’monolognya sendiri dan sedetik..dua detik..tersenyum bersahaja.
Mengatur langkah menuju ke restoran berdekatan.Mundar- mandir di tengah-tengah jalan
yang sibuk.Banyak betul kenderaan.Tengok jam..Ooo patutla..lunchtime..Dalam kepala Madhi dah terbayang-bayang akan ‘dia’.Indah sungguh dia pada pandangan Madhi.Baru semalam Madhi bersua dengannya namun rindunya tidak pernah padam walau sedetik.madhi menelan liur.Oh sungguh Madhi rindu.

‘Sudikah kau menjadi milikku wahai muffin yang bertatahkan coklat?’Ujar Madhi seperti hilang separuh akal.
Apa yang berubah dalam hidup Madhi dan apa yang tak berubah dalam hidupnya..?

Mungkin yang satu ini masih belum berubah..maffin coklat.

No comments:

Post a Comment