Sunday, July 4, 2010

Maffin coklat episod 3 (part 2)

Madhi masih ingat hari itu, hari yang membawa kesan yang amat mendalam pada dirinya.Hari itu hari Jumaat.Hari yang bukan sedikit telah mengubah hidup gadis yang bernama Ainul Madhiah.Hari itu,Madhi mahu singgah ke pasar mini untuk memenuhi permintaan perutnya yang bernada sumbang sejak dinihari setelah seharian berada di rumah rakan.Dipelawa makan oleh kawannya tetapi Madhi menolak.Segan barangkali! Malam yang semakin gelap membuatkan madhi melajukan langkahnya. Jalan yang biasa dilaluinya untuk ke kedai agak gelap dan sunyi, namun Madhi sudah biasa dengan keadaan itu.

Jam menunjukkan pukul 11.27 p.m.Pasar mini yang Madhi biasa bertandang untuk membeli setiap keperluannya akan ditutup pada pukul 12p.m.Oleh itu, Madhi harus cepat.

Sudah rezeki Madhi usahanya berhasil.Madhi tersenyum puas hati sambil membibit sebuku roti dan air mineral.Fikirnya mahu makan di rumah sahaja.Tidak manis anak gadis makan sambil berdiri dan berjalan.Ketika mahu berjalan pulang,Madhi terlihat seorang nenek tua sedang terbujur di kaki lima.Sudah beberapa hari Madhi terlihat nenek tersebut mundar-mandir di kawasan itu.Setahu Madhi nenek itu kurang siuman dan orang ramai menjauhkan diri darinya.

Tidurkah dia?Madhi berteka-teki dan cuba menghampiri nenek tua itu.

Timbul rasa kasihan dihati Madhi melihatkan keadaan nenek yang tidur di atas serpihan kotak-kotak lama. Sejenak Madhi memerhati nenek tersebut satu-persatu Bajunya lusuh dan amat berbau.Rambutnya kusut masai, mukanya teramat comot dan kotor.Dengan keadaan yang tidak terurus begitu Madhi semakin kasihan melihatnya.Madhi memberanikan diri semakin menghampiri dan mengenepikan perasaan takutnya.Hampir menitis air mata Madi.Benarlah kata orang, “berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul’.Berat sungguh perasaan Madhi ketika itu.Bercampur-baur antara sebak dan hiba .Tiba-tiba dia terkenangkan ayah dan ibunya di kampung.Kolam air matanya bergenang lagi.

Sedetik,Madhi memandang roti dan air mineral yang dibimbitnya.Sebetulnya sedari tadi dia sudah berniat mahu sedekahkan roti dan air mineral tersebut kepada nenek yang terbujur kaku di hadapannya lalu secara perlahan-lahan dia meletakkannya disisi nenek tua yang uzur itu.Setelah Madhi berkira-kira mahu meninggalkan tempat itu,tiba-tiba nenek yang kurang siuman itu bingkas bangkit dari tidurnya.Madhi tergamam tidak bergerak.Sedetik.. dua detik.. barulah Madhi mampu mengundur beberapa tapak ke belakang.

Woi!kau buat apa kat sini??kau anak haram!anak tak ada mak ayah!!pergi2!!Jangan ganggu aku!!Madi terkesima.Diam Membatu dan tidak berganjak sedikit pun.Madhi mengucap panjang.Namun Madhi tidak ambil pusing dengan celaan nenek kerana dia sendiri mengetahui nenek tersebut kurang waras dan tidak siuman.

Madhi mengumpul kekuatan untuk bersuara.Meskipun dia merasakan anggota tubuhnya sedikit bergetar dia tetap menguatkan semangatnya.Madhi yakin semuanya akan berakhir dengan baik-baik sahaja.

‘Saya Cuma nak…’Kata-katanya terhenti di situ.

‘Heh!siapa nak cakap dengan kau??kau anak sial!anak luar nikah..!!Jerkah nenek dengan kuat disusuli dengan ngomelan yang tidak dapat difahami.Begitu kuat sehingga jantungnya tersentap hebat.Matanya berkaca dan kolam air mata Madhi pecah jua.Setitis demi setitis.Dia tidak menyekanya apatah lagi mahu menahan perasaannya dari terus dihimpit kesedihan yang amat dirasainya ketika itu.Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi mahupun untuk memujuk hatinya sendiri.Hatinya tercalar.Sungguh dia terluka.Tanpa disedari,rupa-rupanya ada mata yang memandang.Tauke pasar mini dan beberapa pelanggan yang lain sedang memerhati.Tauke pasar mini tersebut bercakap-cakap sesama pelanggan.

‘Sudahlah..olang tua tu tarak betul..lu pigilah balik’Kata tauke tersebut sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Namun Madhi sudah tidak mendengar apa-apa lagi.Dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri.Dia hanya mahu berbuat baik dengan mempertaruhkan perasaan ikhlas dan takutnya kepada nenek tua yang kurang siuman sebentar tadi.Namun keikhlasannya tidak dihargai.Perasaannya bercampur baur.Amat pilu dan pedih.

‘Oh...’tangis Madhi teresak-esak di sepanjang jalan ke rumahnya dengan perasaan yang berkecamuk dan jiwa yang terluka.

No comments:

Post a Comment