Sunday, July 4, 2010

Muffin chocolate episode 2 (part 5)

Ahad,Isnin,Selasa,Rabu,Khamis,Jumaat,Sabtu dan Ahad.Hari yang mana hari yang Paling best?Madhi berteka-teki ketika yang lain masih lena diulit mimpi serta igauan yang tidak berkesudahan selagi mata tak celek ke dunia nyata.Wah!nikmat sungguh.

Kaki Maskawaih dah tergantung ke atas.Mimpi panjat gunung Everest barangkali.Jap lagi kalau singgah atas perut aku.Tobat aku lipat kaki kau jadi nombor 8!..Getus Madhi di dalam hati.
Jawapan pada soalan tadi ialah mestilah hujung minggu.Hujung minggu merupakan hujung bagi segala hari iaitu hari ke6 dan ke7.Hari yang amat mengembirakan pada setiap golongan.Tak kiralah golongan yang mencari rezeki atau menghabiskan rezeki.Ini bererti hari minggu ialah hari untuk bermalas-malasan dan bersenang - lenang seperti mereka (ditujukan kepada Maskawaih dan mereka2 yang masih tidur).

Di pagi Sabtu macam ni apa bestnya nak dibuat..nak sambung tdo balik dah tak berselera lalu Madhi mencapai laptop di atas meja kenakan volume yang paling tinggi dengan lagu rock awie atau Amy Search..bernafas dalam Lumpur..jiwang-jiwang tak main..
‘Kau ni pagi-pagi dah memekak cubalah bawak-bawak mengaji ke..dah bersawang dah Al-Quran dalam almari kau tu!’Aduh tepat benar sasaran Juji mengenai arteri jantungnya.Berdenyut-denyut dan Madhi hanya mampu tersenyum.

Teringat pula tentang suatu kisah sewaktu kecil ketika Madhi menghadiri kelas agama.Setiap hari guru agama adalah berlainan dan berganti-ganti.Tersebutlah kisah,Seorang guru agama yang dipanggil ustazah adalah salah seorang tentera udara Malaysia.Masa tu,Madhi selalu berfikir macam mana seorang tentera boleh jadi ustazah?Tetapi dia merupakan ustazah ganti sahaja ketika itu.

Apa yang Madhi gemar tentang ustazah ni..dia punya badan ‘tough’,jalan macam lelaki dan tak lembik langsung mungkin sebab dia anggota tentera kot.Lagi pulak ustazah ni baik dan suka tersenyum,mudah ketawa dan secara tak langsung Madhi telah menjadikan dia sebagai idolanya.Apa yang paling best masa kelas agama tu,kalau malas nak belajar nak tidur pun takpa tapi kena jawab soalan kuiz dia dulu.Itu syarat wajib.

Ustazah selalu menyuruh Madhi dan kelasnya membaca surah dan maksudya sekali sampaikan mereka semakin suka menghafaz dan memahami surah-surah tersebut.Cara pembelajaran ustazah tak membosankan dan sangat menyeronokkan.

‘Sapa tahu ni surah apa?‘Sapa nak baca surah ni?’Tanya ustazah pada kelas pada suatu hari.
‘Surah Al-Fil’Jawab Madhi bersungguh-sungguh setelah mengangkat tangan.Suka benar Madhi menjawab soalan ustazah .Itupun kalau surah Al-Fil.

(Lagi surah Al-Fiil akan dipaparkan at the next page)


Pada satu hari yang lain.Seperti ustazah yang Madhi sukai itu sedia maklum.Surah Al-Fil adalah surah Favouritenya.Lalu ustazah selalu menyuruh Madhi membacanya bersama maksudnya sekali.
‘Okey surah Al-Fil..tolong bacakan surah Al-Fil dengan maksudnya sekali ye Madhi..’Dalam kesamaran sayup-sayup Madhi terdengar suara ustazah.

‘Okey..nampaknya Al-Fil dah tdo..’Seloroh ustazah kegemaran Madhi dan disusuli ledakan ketawa pelajar- pelajar kelasnya bersama ustazah membuatkan Madhi terus berpura-pura tidur dengan nyenyak. Entah macam mana aku boleh tertidur ..haih..Madhi mengeluh sendiri.
................................................................................................................................................

Maskawaih menggeliat kecil dan mulutnya terkumat-kamit.Kelakuannya amat lucu sekali seperti buah pear tergolek-golek menunjukkan tanda-tanda untuk bangkit.
‘Al-fil..Al-fil.. (gajah2)...’Kata Madhi perlahan sambil tertawa kecil.

No comments:

Post a Comment