Thursday, July 1, 2010

Maffin coklat episode 1 (part 2)

Kunci rumah di atas meja ruang tamu tanpa dihitung bilangannya terus disambar.
Tak tertahan dek penangan perut minta diisi sepantas yang mungkin.Kunci pintu rapat2.
Sarung selipar jepun kerana selipar Malaya tidak diciptakan lagi.Dalam proses
barangkali!Tidak mengapa..selipar penjajah boleh buat lasak-lasak.Oh lupa nk usya
rumah abang hensem kat seberang jalan di depan rumah.Bersabarlah wahai abang-
abang sekalian aku tak punya waktu untuk semua itu di waktu yang genting seperti
sekarang.Aku ada misi yang perlu diselesaikan.Ujar Madi di dalam hati sambil tergopoh
gapah menuruni anak tangga dari tingkat 3.Laju benar langkahnya.


‘Oi madhi..nak p mana?’Jerkah Maskawaih manja ala-ala Leftenan Adnan.

‘Kedai jap!’ Jalan sepantas kilat bertukar angin yang berlalu sepoi-sepoi bahasa.Sopan sungguh!

‘Beli maffin la 2…?’Cuba meneka yang bukan-bukan.

‘Beli halia..halia lama dah berkulat!’Kata Madhi jujur.

‘Oo..kirim!’Sambil belek-belek beg duit..munafik betul!

‘Hmm..ape?’Tanya Madhi acuh x acuh..lagi munafik dari dia.

‘Muruku..mata kasi kenyet sama itu anel kasi mulah ckit..!’Tersengeh-sengeh ala-ala kambing hitam.

‘Huh?banyak la kau..!’Buat-buat mencebik macam exkpresi muka ala-ala ym.

‘Madhi!!’

‘Apalagi cik Maskawaih Binti Ahmad Jais?’Madhi bersuara agak lantang.Satu blok dengar barangkali.Maklumla dulu juara nasyid peringkat sekolah rendah.

‘Jangan tertukar pulak halia dengan lengkuas!’Kah2 ..berdekah-dekah Maskawaih ketawa.

‘Cehhh…’Berlalu dengan hati yang tak sebal langsung.

No comments:

Post a Comment